- Teknik Lubang Resapan Biopori (LRB) merupakan 1 teknik baru yang belum diterokai sepenuhnya di Malaysia.
- Teknik Biopori merupakan teknik baru untuk mengelakkan berlakunya banjir semasa musim hujan dan mengelakkan kekeringan air semasa musim kemarau.
- Teknik ini telah diperkenalkan oleh Bahagian Konservasi Tanah dan Air, Department Ilmu Tanah dan Sumberdaya Lahan, fakulti Pertanian, IBP iaitu Kamir R Brata dan dibantu oleh Wahyu Purwasukuma, Yayat Hidayat, Enny Dwiwahyuni dan DP. Tejo Baskoro.
CARA PEMBUATAN
- Bentukkan lubang bentuk silinder, diameter 10 - 30 cm, kedalaman 80 - 100 cm (boleh kurang jika muka air tanah dangkal)
- Jarakkan diantara lubang ke lubang iaitu 50 - 100 cm
- Masukkan lubang dengan sampah organik seperti sampah dapur, daun, rumput dan sebagainya. Boleh juga dicampur dengan larutan Effective Microorganism (EM)
- Memasukkan paralon (10 cm) dan simen pinggir mulut lubang setebal 2 cm dan lebar 2-3 centimeter bagi mengelakkan lubang tertimbus semula
- Tutup lubang tersebut agar tidak membahayakan kanak-kanak
Gambar 1: Foto mikroskop Elektron dari lubang cacing dan akar (Bulatan Kuning)
Gambar 2: Lubang Resapan Biopori
MANFAAT TEKNIK LUBANG RESAPAN BIOPORI
- Meningkatkan kadar daya resapan air
- Mengubah sampah organik menjadi kompos dan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca
- Mengurangkan gejala penyakit seperti penyakit denggi berdarah dan malaria.
- Menguatkan struktur di dalam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan tanah.