Kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 sen sekilogram pada 1 Januari 2010 yang lalu telah mendatangkan pelbagai spekulasi yang mana ianya telah mencetuskan perasaan tidak puas hati segelintir pihak. Kenaikan harga gula ini turut juga dikaikan dengan kenaikan harga makanan dan minuman di kedai-kedai makan. BAgi golongan berpendapatan rendah, peningkatan harga gula ini sedikit sebanyak membebankan dan pengkajian semula mengenai isu ini perlu dipertimbangkan.
Boleh dikatakan hampir setiap hari kita mendengar berita mengenai isu gula di media cetak dan media elektronik. Hebahan mengenai masalah kenaikan gula ini telah menakutkan pihak pengguna kerana pengguna beranggapan berlaku masalah kekurangan gula di kawasan masing-masing. Oleh itu pengguna akan membeli bekalan gula melebihi jumlah keperluan masing-masing bagi memastikan bekalan stok dirumah sentiasa berterusan. Oleh itu, atas kesedaran inilah, maka pihak peruncit telah mengambil tindakan sendiri dengan menghadkan amaun gula iaitu 1Kg atau 2Kg bagi setiap pengguna. Bukankah tindakan ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan????
Golongan peruncit ini telah mengambil tindakan yang melampau dengan cara menghadkan amaun gula sedangkan pihak kerajaan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu sendiri tidak pernah menghadkan bilangan amaun pembelian gula keatas setiap pengguna. Rakyat Malaysia bebas membeli bilangan amaun gula yang pengguna mahukan dan tiada sebarang sebab atau alasan mengapa peruncit boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk menghadkan pembelian gula ekoran isu peningkatan harga gula ini. Sekiranya isu ini diketengahkan, nescaya tindakan yang sepatutnya bakal dikenakan terhadap golongan peruncit yang suka mengambil kesempatan terhadap isu ini.
Namun adakah kita tidak sedar atau pura-pura menutup mata??? Pada tahun 2010, pihak kerajaan terpaksa berbelanja hampir RM 1.008 billion atau memberi subsidi RM 0.80 sen bagi setiap 1kg gula. Fenomena ini menyebabkan pengguna masih lagi mampu untuk membeli gula pada tingkat harga RM 1.65 sekilogram di semenanjung Malaysia dan RM 1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.
Tapi adalah kita sedar??? Jika dibandingkan dengan harga pasaran di negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia, masing-masing tingkat harga gula adalah RM 2.50 sen sekilogram, RM 1.05 sen sekilogram dan RM 3.40 sen sekilogram. Tingkat harga gula di Malaysia masih lagi berada di tahap yang memuaskan. Pada tahun lepas sahaja, pihak kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar iaitu sebanyak RM 720 juta bagi memastikan harga gula yang dijual kepada pengguna adalah RM 1.55 sen sekilogram. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia masih lagi menanggung perbelanjaan yang besar bagi memastikan setiap rakyat Malaysia masih lagi mampu membeli gula pada tingkat harga yang rendah.
Oleh itu, adakah wajar tindakan segelintir pihak penjual makanan dan minuman yang menaikkan harga makanan dan minimum hanya gara-gara kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 sen sekilogram…. Marilah kita sama-sama renungkan…..
Monday, January 11, 2010
GuLa sEmanis duLu???
Posted by ...reD QuEEnzZz.... at 10:28 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment