Monday, February 1, 2010
PROGRAM MEMASYARAKATKAN PERTANIAN ORGANIK
Satu program memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan EM (Effective Microorganism) yang dianjurkan oleh Kedah Agro Holding Berhad telah diadakan pada 30 Januari 2010 di Pusat Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Pau, Sik, Kedah. Program yang telah berlangsung selama empat jam iaitu bermula pada jam 9pagi dan berakhir pada jam 1 petang ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada para penduduk setempat yang pelbagai usia dan latar belakang.
Kehadiran dua orang Ahli Lembaga Pengarah Kedah Agro Biotech iaitu YB. Ustaz Hj. Yahya Bin Abdullah dan En. Mohd Khairi Bin Salleh turut mengiringi dan memantau keberkesanan program bengkel Pembuatan EM ini. Taklimat ringkas mengenai tujuan pembuatan EM ini telah diterangkan secara ringkas oleh En. Shahrulazilan Bin Said iaitu selaku salah seorang ahli di dalam Unit Latihan Kedah Agro Holding Berhad. Sepanjang berlangsungnya Bengkel Pembuatan EM, En. Shahrul telah dibantu oleh dua orang ahli yang lain di dalam Unit Latihan Kedah Agro Berhad iaitu En. Mohd Azman Bin Mohamad dan En. Mohd Zahili Bin Rosudin. Selain itu juga, tiga orang pelajar Latihan Amali (Practikal) iaitu Nur Syahirah Binti Azizan, Zuzilawati Binti Samsu dan Khoirun Nisa Binti Mahmud turut juga dibawa menyertai Bengkel Pembuatan EM agar teknik pembuatan EM yang betul dan berkesan dapat didedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut.
Sebelum bermulanya Bengkel Pembuatan EM, penduduk setempat ini telah dibekalkan dengan nota tangan dari Kedah Agro Holding Berhad yang meliputi info-info cara pembuatan serta peringkat-peringkat pembuatan EM bagi tujuan pembacaan, gambaran dan memudahkan pemahaman mengenai EM yang mana nota tersebut merupakan nota yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur. Melalui Bengkel Pembuatan EM ini, penduduk kampung telah diajar dan didedahkan dengan empat jenis atau kaedah pembuatan EM iaitu EM Serangga, EM Sayuran atau Daun, Em buah-Buahan dan EM Baja Kompos. Keempat-empat kaedah EM ini merupakan kaedah yang murah, mudah dan efektif yang boleh digunakan oleh penduduk setempat bagi membolehkan pokok-pokok atau buah-buahan mereka membesar dengan lebih cepat, sihat, bebas dari makluk perosak dan mendapat hasil yang lebih lumayan.
Bagi menjayakan lagi Bengkel Penghasilan EM ini, Ahli Lembaga Pengarah, penduduk setempat, Ahli Unit latihan Kerja dan pelajar latihan amali saling bantu-membantu bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Malis penutupan bekas simpanan EM ini telah disempurnakan oleh YB. Hj. Yahya Bin Abdullah dan disaksikan oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut pada waktu itu. Sebelum selesainya program Bengkel Pembuatan EM, sesi bergambar beramai-ramai diantara Ahli Lembaga Pengarah Boitech, semua peserta, ahli Unit Latihan dan pelajar Latihan Amali telah diambil sebagai kenang-kenangan dan kesemua peserta yang hadir akan diberikan sijil warkah penghargaan sebagai penghargaan diatas penglibatan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya Bengkel Pembuatan EM.
Lawatan susulan serta pemantauan oleh ahli Unit kerja Kedah Agro Holding akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengikuti perkembangan pembuatan EM tersebut. Hasil sebenar serta kuasa keberkesanan EM hanya akan diketahui pada bulan hadapan
Posted by ...reD QuEEnzZz.... at 12:42 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment