﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard﷯﷯3. Click on the "Edit HTML" tab.﷯﷯4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.﷯﷯5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

"PENJAWAT AWAM PEMEGANG AMANAH RAKYAT"

Satu forum perdana Integriti bertajuk “Penjawat Awam Pemegang Amanah Rakyat” telah berlangsung pada 29 Disember 2009 di Dewan Sri Mentaloon iaitu Dewan Rasmi Menteri Besar. Forum ini telah berlangsung selama 3 jam ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria Bin Osman dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Seramai dua orang ahli panel telah dijemput khas bagi mengupas isu ini dengan lebih mendalam lagi. Ahli panel yang dimaksudkan itu ialah Tuan Hj. Mustapha Bin Ali selaku Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia (INSPIN) dan Profesor Dato Dr. Ismail Bin Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah iaitu, Yang Amat Berhormat Dato Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak.
Forum ini telah dianjurkan oleh Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri (INSPIN). Selain daripada itu, forum perdana integriti ini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu untuk meningkatkan kesedaran dikalangan penjawat awam, bagi menghindari diri dari mengambil kesempatan keatas orang lain serta untuk mengintegrasikan diri sendiri didalam sesuatu budaya.

Terdapat definisi yang sesuai bagi mengambarkan istilah integriti itu sendiri. Menurut Kamus Bahasa Edisi keempat, integriti membawa maksud kejujuran, ketulusan, keadaan sempurna dan seseorang yang sanggup menjaga nama baik dari sebarang penyelewengan. Menurut Tuan Hj. Mustapha Ali pula, integriti boleh didefinisikan sebagai “Kawalan Dalaman” yang membawa maksud bagaimana seseorang atau individu tersebut mengawal tindakan atau tingkahlakunya bagi membolehkannya mencapai integriti pada tahap yang tinggi. Menurutnya lagi, terdapat tiga jenis integriti iatu Integriti Individu yang bermula dari dalam diri kita sendiri, Integriti Organisasi iaitu bagaimana kita menepati kod-kod garis panduan serta etika di dalam sesebuah organisasi sepertimana yang telah ditetapkan oleh organisasi itu sendiri serta Integriti Negara yang merangkumi bagaimana kita berusaha sedaya upaya bagi mencapai visi, misi dan ISO kearah kecemerlangan negara. Tambahnya lagi, terdapat tiga kualiti yang perlu diterapkan dalam diri iaitu “Integriti, Intelligent dan Energy”. Tanpa ketiga-tiga faktor ini, integriti tertinggi agak sukar dicapai.
Ahli panel kedua iatu Profesor Dato Dr. Ismail Ibrahim, telah mendefinisikan istilah ehsan. Menurutnya, ehsan merupakan niat atau tujuan mengapa seseorang itu melakukan sesuatu perkara atau perbuatan. Ehsan juga merupakan salah satu kekuatan dalaman yang membentuk kerja-kerja harian yang dilakukan oleh seseorang itu. Malah, akidah, syariah dan akhlak turut menjadi penyumbang utama dalam membentuk atau membina keperibadian seseorang. Tambahannya lagi, terdapat dua perkara yang membuatkan manusia tidak pernah berputus asa untuk mencarinya didalam kehidupan seharian. Perkara yang dimaksudkan itu ialah Ilmu pengetahuan dan harta kekayaan. Namun manusia pada masa ini sering mengabaikan ilmu pengetahuan dalam mencari atau menambah harta kekayaan. Ini menyebabkan integriti pada tahap tertinggi agak sukar dicapai sekiranya manusia hanya menumpukan perhatian kepada mencari harta kekayaan semata-mata sehingga mengabaikan atau meminggirkan ilmu pengetahuan.

Oleh itu, dapatlah dihuraikan disini sekiranya seseorang individu tersebut ingin mencapai integriti pada tahap yang tertinggi,akhlak dan disiplin di dalam diri sendiri haruslah ditekankan semenjak kecil lagi. Ini kerana melalui akhlak dan disiplin diri yang baik ianya sedikit sebanyak dapat mencorakkan integriti, keperibadian dan tingkahlaku seseorang itu. Sekiranya akhlak dan disiplin seseorang itu tinggi, maka integritinya berada pada tahap yang tinggi. Namun sekiranya akhlak dan disiplinnya rendah, maka rendahlah tahap integritinya. Demikianlah bagaimana integriti itu sendiri memberikan maksud dan gambaran yang menyeluruh bagi membolehkan kita memahami dengan lebih jelas lagi tentang erti integriti.