﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard﷯﷯3. Click on the "Edit HTML" tab.﷯﷯4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.﷯﷯5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 27, 2010

Habbatus Sauda (Black seed)

Habbatus Sauda (Black seed) merupakan sejenis tumbuhan rumput kering yang mudah didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Ianya berbatang serta mempunyai bunga berwarna biru yang mana terdapat biji Habbatussauda di dalammya.

Menurut Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Terdapat pelbagai khasiat yang boleh ditemuai di dalam Habbatus Sauda seperti :-

• Menghasilkan kulit muka yang cerah
• Membantu merawat batuk dan asma
• Kencing manis
• Selsema
• Keguguran rambut
• Tekanan darah tinggi
• Masalah
• untuk tidur
• Sakit-sakit otot dan sendi
• loya dan muntah
• Mengurangkan kolesterol
• Merawat batu karang

Manafaat Habbatus Sauda :-

• Menguatkan sistem ketebalan badan
• Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
• Meningkatkan bioaktivitas hormone
• Menetralkan racun dalam tubuh
• Mengatasi gangguan tidur dan stress
• Anti histamin/anti alergi
• Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
• Melancarkan air susu ibu
• Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
• Anti tumor

Monday, May 3, 2010

TEKNIK LUBANG RESAPAN BIOPORI (LRB)


  • Teknik Lubang Resapan Biopori (LRB) merupakan 1 teknik baru yang belum diterokai sepenuhnya di Malaysia.
  • Teknik Biopori merupakan teknik baru untuk mengelakkan berlakunya banjir semasa musim hujan dan mengelakkan kekeringan air semasa musim kemarau.
  • Teknik ini telah diperkenalkan oleh Bahagian Konservasi Tanah dan Air, Department Ilmu Tanah dan Sumberdaya Lahan, fakulti Pertanian, IBP iaitu Kamir R Brata dan dibantu oleh Wahyu Purwasukuma, Yayat Hidayat, Enny Dwiwahyuni dan DP. Tejo Baskoro. 
                                     
CARA PEMBUATAN
  • Bentukkan  lubang bentuk silinder, diameter 10 - 30 cm, kedalaman 80 - 100 cm (boleh kurang jika muka air tanah dangkal)
  • Jarakkan diantara lubang ke lubang iaitu 50 - 100 cm
  • Masukkan lubang dengan sampah organik seperti sampah dapur, daun, rumput dan sebagainya. Boleh juga dicampur dengan larutan Effective Microorganism (EM)
  • Memasukkan paralon (10 cm) dan simen pinggir mulut lubang setebal 2 cm dan lebar 2-3 centimeter bagi mengelakkan lubang tertimbus semula
  •  Tutup lubang tersebut agar tidak membahayakan kanak-kanak 
Gambar 1: Foto mikroskop Elektron dari lubang cacing dan akar (Bulatan Kuning)
                                                
                                            Gambar 2: Lubang Resapan Biopori  
MANFAAT TEKNIK LUBANG RESAPAN BIOPORI    
  • Meningkatkan kadar daya resapan air
  • Mengubah sampah organik menjadi kompos dan mengurangkan pembebasan gas rumah kaca
  • Mengurangkan gejala penyakit seperti penyakit denggi berdarah dan malaria.
  • Menguatkan struktur di dalam tanah dan mengelakkan berlakunya hakisan tanah. 
 

Monday, April 19, 2010

Anda BINGUNG!!!!!!!!!!!!!!!... .



Knowing is not enough, we must apply. Willing is not enough, we must do it,
Pengetahuan semata-mata tidak mencukupi, oleh itu kita harus mempraktikkannya. Kemahuan juga tidak cukup, kita harus mengerjakannya.
Johann von Goethe


The future belongs to those who believe in the beuty of their dreams.
Masa depan hanyalah milik orang-orang yang percaya akan keindahan mimpi-mimpi nyata mereka
Eleanor Roosevelt



Believe it can be done. When you believe something can be done, really believe, your mind will find the ways to do it. Believing a solution paves the way to solution, -
Percaya akan sesuatu yang pasti dapat dilaksanakan. Ketika kau percaya dan yakin akan sesuatu itu dapat kau laksanakann, maka fikiranmu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari cara atau jalan untuk mengerjakannya. Kepercayaan pada sebuah ilusi akan menghasilkan sebuah realiti.
Dr. David Schwartz


What ever the mind of man can conceive and believe, the mind of man can achieve, -
Apa yang kita fikir dan percaya, maka kita pasti dapat memperolehinya.
Dr. Napoleon Hill




MAKNA KEGAGALAN

Kegagalan bukan berarti anda gagal.
Tetapi anda belum sukses.
Kegagalan bukan berarti anda tidak mencapai apa-apa.
Tetapi anda sudah mempelajari sesuatu.
Kegagalan bukan berarti anda tidak akan sukses.
Tetapi diperlukan lebih banyak kesabaran.
Kegagalan bukan bererti anda sudah berakhir.
Tetapi anda masih memiliki peluang untuk memulainya kembali,
dan berusaha mencari sesuatu yang baru.
Kegagalan bukan bererti Tuhan sudah meninggalkan anda

Tetapi Dia mempunyai rencana yang lebih baik                     
Jadi benar, bahwa kegagalan tidak akan pernah berakhir!
Dr. Robert Schuller

Sunday, April 4, 2010

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Kumpulan Kedah Agro

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Kumpulan Kedah Agro telah selamat berlangsung pada 4 April 2010 di Bangunan E, Tingkat 6, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Dato Ir Amiruddin Bin Hamzah selaku wakil kepada YAB Dato Seri Ustaz Azizan Bin Addul Razak iaitu Menteri Besar Kedah. Kumpulan Kedah Agro merupakan syarikat yang bernaung di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKED).


Tujuan utama perjanjian ini diadakan adalah untuk menandatangani Memorandum Persefahaman bagi beberapa buah projek besar yang melibatkan Kumpulan Kedah Agro yang terdiri daripada Kedah Agro Plantation Sdn Bhd, Kedah Agro Aquaculture Sdn Bhd, Kedah Agro Livestock Sdn Bhd, Kedah Agro Cashcrop Sdn Bhd dan Kedah agro Biotech Sdn Bhd.


Bagi projek Plantation, satu perjanjian usahasama di antara Kedah Agro Plantation dengan pemilik perseorangan tanah terbiar di kampung Teluk Sera, Sidam kanan. Perjanjian ini dimenterai agar tanah tersebut dapat diusahakan melalui penanaman pokok kelapa sawit bagi tujuan memanfaatkan penduduk kampung disamping sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat yang perlu disumbangkan oleh Kumpulan Kedah Agro itu sendiri.


Untuk projek Aquaculture iaitu Sangkar Laut Terbuka ikan Kerapu Harimau di Langkawi, perjanjian diantara syarikat bumiputera iaitu Golden Protection Sdn Bhd telah dipersetujui dimana suntikan modal dibiayai sepenuhnya oleh Golden Protection seperti pembenihan dan penternakan manakala Kedah Agro Aquaculture bertanggungjawab menguruskan alat kelengkapan serta modal insan bagi projek tersebut.


Projek perjanjian diantara Kedah Agro Livestock dengan Green Agro Sdn Bhd di tandatangani dalam usaha mewujudkan satu pusat pengumpulan dan penjualan lembu daging. Khidmat nasihat mengenai teknik penjagaan ternakan dikawal selia oleh Jabatan Vetarinar itu sendiri.


Projek Nenas diantara Kedah Agro Cashcrop dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Sdn Bhd di Laka Temin, Bukit Kayu Hitam merupakan projek penanaman nenas jenis Morris yang mana nenas jenis ini merupakan nenas yang berpotensi untuk dimajukan pada masa hadapan.
Akhir sekali ialah Kedah Agro Biotech yang mana ianya telah diberi tanggungjawab dalam Memasyarakatkan Pertanian Organik kepada masyarakat setempat. Setakat ini, sebanyak 3 buah projek Memasyarakatkan Pertanian Organik telah berlangsung dengan jayanya iaitu di Sik, Bandar Baharu dan Pendang.


Diharapkan melalui perjanjian Menandatangani Momorandum Persefahaman ini akan memberikan kebaikan usahasama kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan diharapkan perjanjian seperti ini akan di kembangkan dari semasa ke semasa.

Monday, March 22, 2010

" FATIMAH"

PAda hari yang paling bersejarah iaitu pada 22 March 2010, Haji Anuar Tahir selaku Pengarah Urusan Kumpulan Kedah Agro Holdings Berhad telah meminta agar kesemua 10 orang pelatih daripada Program GEMS (Graduate Employbility Management Scheme) untuk mendeklamasikan sebuah puisi hasil nurkilan seorang penulis yang terkenal dari Singapore iaitu saudara Jamal Tukimin. Melalui pendeklamasian puisi seperti ini, bakat-bakat terpendam pelatih daripada Program GEMS dapat ditonjolkan. Ternyata kesemua pelatih Program GEMS mempunyai pelbagai cara dan keistimewaan masing-masing sewaktu mendeklamasikan puisi tersebut.

Pendeklamasian puisi ini adalah sejajar dengan tajuk wacana Isnin Kedah Agro pada kali ini yang diberi tajuk “MADINAH YANG DIRINDUI KERANA RASULLULLAH SAW -22 Mac 2010). Puisi dibawah merupakan salah satu puisi yang berjudul “FATIMAH” dan telah diperdengarkan bacaannya oleh Nur Syahirah Binti Azizan dan Syakiran Binti Muhammad Nasir iaitu selaku pelatih dari Program GEMS.

FATIMAH

Akan ku sapa namamu kembali, Fatimah
Kala jendela dunia terbuka lagi, Fatimah
Kala mata memandang menjadi buta, Fatimah
Kala cinta dan kasih mulai angkuh, Fatimah
Kala kawah kepedihan kian panas. Fatimah
Kala fitnah mendengung agung di puncak, Fatimah
Kala lalulintas kejahilan semakin lebar, Fatimah
Kala saudara kandung adalah musuh, Fatimah
Di bawah cepu Sang Pengabdi, Fatimah
Yang kian merangkak tua dan peka, Fatimah
Yang menahan berahi dan murka, Fatimah
Perempuanmu tidak mengenalimu lagi, Fatimah

Akan ku pancangkan sehelai bendera yakin, Fatimah
Atas puing-puing pertarungan dari tamu abadi, Fatimah
Di tengah padang peperangan nafsu nan luas, Fatimah
Kau kembali hadir dalam rumus-rumus kecantikan, Fatimah
Kau kagum dalam bahasa cumbu rayu, Fatimah
Kau seka wajah redup dan ayu, Fatimah
Pada lemah lunak peribadi mereka, Fatimah
Suara itu kian menengking dan nyaring, Fatimah
Sambil berlari mereka menentang ayat-ayat ALLAhmu, Fatimah
Perempuannu bukan lagi pesona juang, Fatimah
Perempuanmu bukan ilham di medan malapetaka, Fatimah

Akanku simbah arus maha benar, Fatimah
Akanku siram wahyu rangsangan, Fatimah
Seperti kau yang ditempuhi di sekolah duka, Fatimah
Seperti jarimu kasar mengasari kehidupanmu, Fatimah
Seperti kau kitari hak dan nafkahmu, Fatimah
Seperti kau gumuli segala mungkir, Fatimah
Seperti langit menangis memayungi nestapamu, Fatimah
Perempuanmu meragut perawannya sendiri, Fatimah
Perempuanmu adalah budak-budak benda yang tolol, Fatimah
Perempuanmu adalah pesuruh lelaki yang bingung, Fatimah

Akanku lemparkan sebuah jiwa di kakimu, Fatimah
Mereka akan pijar di jalan kepedihan yang luas, Fatimah
Mereka akan tenggelam berjam-jam di kamar pakaiannya, Fatimah
Mereka akan bercermin tanpa wajah tanpa seri, Fatimah
Mereka akan sepi di tengah keramaian hari ulangtahun, Fatimah
Mereka akan bisu bila bibir merahnya berkata-kata, Fatimah
Mereka akan selalu jatuh di atas ranjang empok, Fatimah
Mereka akan ternoda dalam sembahyangnya, Fatimah
Mereka akan tersedu tanpa air mata tanpa sedih, Fatimah
Mereka akan merayu pada jiwa yang kosong, Fatimah
Mereka akan bersuami tanpa lelaki seorang jua, Fatimah
Mereka akan punya susu tanpa anak, Fatimah
Perempuanmu menari telanjang di atas pentas dunia, Fatimah
Perempuanmu berlari kecewa tanpa arah tanpa peribadi, Fatimah

Akanku relakan perempuanmu memeluk takdirnya, Fatimah
Biar perempuanmu dilahap wahyu ALLAHmu, Fatimah
Tanpa ragu tanpa malu, Fatimah
Mereka adalah sahabat-sahabat kita yang manis, Fatimah
Berilah tangamu dan peluk eratlah mereka, Fatimah.

(HASIL NURKILAN JAMAL TUKIMIN)

Sunday, March 14, 2010

KHASIAT MAKANAN DALAM ISLAM

ROTI (KHUBZ)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak Kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama Dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. Pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

JINTAN MANIS (ANISU)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu Dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.


EPAL (TUFFAH)

Epal yang masam lebih baik daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.


ASPARAGUS (HIYAWN)
Asparagus berkhasiat bagi memudahkan kelahiran anak.


PISANG (MAWZ)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.


BARLI (SYA'IR)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. Pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.


SELASIH (MANIS RAYHAN)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Thursday, March 11, 2010

Future Prospect: "PENJAWAT AWAM PEMEGANG AMANAH RAKYAT"

Future Prospect: "PENJAWAT AWAM PEMEGANG AMANAH RAKYAT"

Thursday, February 18, 2010

TEMULAWAK @ Curcuma Xanthorrhiza

RIMPANG TEMULAWAK




HAMPIR MENYERUPAI KUNYIT






POKOK HERBA TEMULAWAK


Hampir setiap hari kita akan membaca satu ruangan khas di dalam majalah, surat khabar atau internet mengenai khasiat pokok-pokok herba yang terdapat di Malaysia. Salah satu pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat ialah TEMULAWAK. Nama tempatan bagi pokok herba ini ialah Temu Lawak manakala nama scientifiknya pula ialah Curcuma Xanthorrhiza. Temulawak merupakan pokok yang banyak ditanam di India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara.

Pada mulanya, Temulawak merupakan tanaman asli Indonesia yang mengandungi Kurkuminoid dan Minyak Atsiri yang digunakan secara turun-temurun untuk menjaga kesihatan dan sebagai perlindung dari serangan pelbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang Temulawak dikenali sebagai “Koneng Gede dan ianya lebih berkhasiat dari ginseng. Ini kerana Temulawak mempunyai 100 komponen manakala ginseng mempunyai komponen yang terbatas.

Pada zaman sekarang, banyak perusahan seperti perusahaan kosmetik dan ubat-ubatan menggunakan Temulawak sebagai sebahagian campuran di dalam produk yang dihasilkan. Dalam sektor perusahaan kosmetik, Temulawak bertindak sebagai agen pencegah penuaan. Didalam sektor perusahaan ubat-ubatan pula, ianya menjadi penawar kepada masalah sakit puan.


KEGUNAAN TEMULAWAK

Dalam perubatan herba Temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1. Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2. Ubat demam( anti-pyretic)
3. Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4. Penyakit kulit
5. Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6. Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7. Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8. Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9. Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan

Monday, February 1, 2010

PROGRAM MEMASYARAKATKAN PERTANIAN ORGANIK


Satu program memasyarakatkan Pertanian Organik melalui Bengkel Pembuatan EM (Effective Microorganism) yang dianjurkan oleh Kedah Agro Holding Berhad telah diadakan pada 30 Januari 2010 di Pusat Pembangunan Komuniti Kampung Sungai Pau, Sik, Kedah. Program yang telah berlangsung selama empat jam iaitu bermula pada jam 9pagi dan berakhir pada jam 1 petang ini telah dihadiri oleh 13 orang peserta yang terdiri daripada para penduduk setempat yang pelbagai usia dan latar belakang.

Kehadiran dua orang Ahli Lembaga Pengarah Kedah Agro Biotech iaitu YB. Ustaz Hj. Yahya Bin Abdullah dan En. Mohd Khairi Bin Salleh turut mengiringi dan memantau keberkesanan program bengkel Pembuatan EM ini. Taklimat ringkas mengenai tujuan pembuatan EM ini telah diterangkan secara ringkas oleh En. Shahrulazilan Bin Said iaitu selaku salah seorang ahli di dalam Unit Latihan Kedah Agro Holding Berhad. Sepanjang berlangsungnya Bengkel Pembuatan EM, En. Shahrul telah dibantu oleh dua orang ahli yang lain di dalam Unit Latihan Kedah Agro Berhad iaitu En. Mohd Azman Bin Mohamad dan En. Mohd Zahili Bin Rosudin. Selain itu juga, tiga orang pelajar Latihan Amali (Practikal) iaitu Nur Syahirah Binti Azizan, Zuzilawati Binti Samsu dan Khoirun Nisa Binti Mahmud turut juga dibawa menyertai Bengkel Pembuatan EM agar teknik pembuatan EM yang betul dan berkesan dapat didedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut.


Sebelum bermulanya Bengkel Pembuatan EM, penduduk setempat ini telah dibekalkan dengan nota tangan dari Kedah Agro Holding Berhad yang meliputi info-info cara pembuatan serta peringkat-peringkat pembuatan EM bagi tujuan pembacaan, gambaran dan memudahkan pemahaman mengenai EM yang mana nota tersebut merupakan nota yang mudah difahami oleh setiap lapisan umur. Melalui Bengkel Pembuatan EM ini, penduduk kampung telah diajar dan didedahkan dengan empat jenis atau kaedah pembuatan EM iaitu EM Serangga, EM Sayuran atau Daun, Em buah-Buahan dan EM Baja Kompos. Keempat-empat kaedah EM ini merupakan kaedah yang murah, mudah dan efektif yang boleh digunakan oleh penduduk setempat bagi membolehkan pokok-pokok atau buah-buahan mereka membesar dengan lebih cepat, sihat, bebas dari makluk perosak dan mendapat hasil yang lebih lumayan.



Bagi menjayakan lagi Bengkel Penghasilan EM ini, Ahli Lembaga Pengarah, penduduk setempat, Ahli Unit latihan Kerja dan pelajar latihan amali saling bantu-membantu bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan. Malis penutupan bekas simpanan EM ini telah disempurnakan oleh YB. Hj. Yahya Bin Abdullah dan disaksikan oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut pada waktu itu. Sebelum selesainya program Bengkel Pembuatan EM, sesi bergambar beramai-ramai diantara Ahli Lembaga Pengarah Boitech, semua peserta, ahli Unit Latihan dan pelajar Latihan Amali telah diambil sebagai kenang-kenangan dan kesemua peserta yang hadir akan diberikan sijil warkah penghargaan sebagai penghargaan diatas penglibatan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya Bengkel Pembuatan EM.

Lawatan susulan serta pemantauan oleh ahli Unit kerja Kedah Agro Holding akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengikuti perkembangan pembuatan EM tersebut. Hasil sebenar serta kuasa keberkesanan EM hanya akan diketahui pada bulan hadapan

Wednesday, January 27, 2010

STEVIA........OH.......STEVIA.....

Jika perkataan daun Stevia disebut….apakah yang bermain difikiran kita????

Mungkinkah sekadar TUMBUHAN HERBA biasa??????
Mungkinkah pengganti kepada GULA??????

JOM TEROPONG…….ZASSSSS………








Daun Stevia ini dikenali sebagai tumbuhan herba pemanis semulajadi stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Di percayai secara tradisional, daun stevia ini mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa dan berupaya menggubati penyakit kencing manis, darah tinggi, ghout, insomnia ,hypesemia, buasir dan melawaskan pembuangan air kecil dan besar serta dapat menyembuhkan resdong. Tumbuhan herba ini juga mempunyai ciri fizikal iaitu berbatang lembut, mempunyai daun yang bujur dan mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih.



Antara ciri-ciri stevia ialah:

Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.



Di dalam daun Stevia ini, terkandung bahan aktif yang dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside yang dapat memberikan rasa manis pada daun dan menjadikan ianya digemari oleh orang ramai terutamanya kepada sesiapa yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetis. Selain itu, daun Stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid uric, obesity dan merawat luka terbakar.

Dos yang biasa digunakan atau dicadangkan melalui penggunaan Stevia ini ialah 1 / 4 sudu daun yang telah dihancurkan bagi menggantikan 1 sudu gula biasa. Walaubagaimanapun di Amerika Syarikat (AS), daun Stevia ini merupakan bahan terlarang yang diharamkan keatas produk makanan kerana terdapat banyak pengeluar pemanis tiruan yang memonopoli pengeluran yang dijangkakan dapat mengancam industry pengeluaran gula disana.

Sunday, January 24, 2010

KHASIAT VITAMIN C

Vitamin C mempunyai pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan serta menghalang virus seperti selesema. Selain itu, vitamin C juga merupakan vitamin yang mudah larut di dalam air dan kadar penggunaan harian pula bergantung kepada keadaan tubuh dan daya tahan tubuh masing-masing. Sekurang-kurangnya sejumlah 60-90 mg/hari vitamin C diperlukan bagi setiap orang dewasa. Maksimum sejumlah 1000mg/hari boleh diambil untuk keperluan tubuh.


Sekiranya pengambilan vitamin C ini tidak dititikberatkan, maka ianya akan menyebabkan pendarahan gusi,gangguan saraf dan sakit pada bahagian otot sekiranya individu tersebut kurang mengambil vitamian C. Namun sekiranya tubuh badan individu tidak mandapat vitamin C, ia boleh menyebabkan anemia, mudah mendapat jangkitan dan kulit yang kasar. Namum sekiranya pengambilan secara berlebihan pula akan menyebabkan cirit birit dan batu karang.


Kita sering beranggapan bahawa vitamin C hanya boleh diperolehi dari buah-buahan yang berwarna kuning atau oren sahaja, tetapi ianya juga boleh didapati daripada buah-buahan yang brwarna lain seperti jambu batu. Jambu batu merupakan buah-buahan yang mempunyai vitamin C yang paling tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.





Panduan dibawah dapat menerangkan kandungan vitamin C yang terdapat pada buah-buahan yang selalu kita amalkan pemakanannya.


Kandungan Vitamin C Pada Buah (mg/100gram)


JAMBU BATU 183gm
KIWI 100gm
BETIK 62gm
LIMAU/OREN 53gm
TEMBIKAI 42gm
ANGGUR 34gm
LIMAU MANDARIN 31gm
BUAH SUKUN 29gm
MANGGA 28gm
NANAS 15gm
PISANG 9gm
AVAKADO 8gm



Sumber Rujukan:- Mingguan Wanita Bil 1364 (8-14 Januari 2010)

Monday, January 11, 2010

GuLa sEmanis duLu???


Kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 sen sekilogram pada 1 Januari 2010 yang lalu telah mendatangkan pelbagai spekulasi yang mana ianya telah mencetuskan perasaan tidak puas hati segelintir pihak. Kenaikan harga gula ini turut juga dikaikan dengan kenaikan harga makanan dan minuman di kedai-kedai makan. BAgi golongan berpendapatan rendah, peningkatan harga gula ini sedikit sebanyak membebankan dan pengkajian semula mengenai isu ini perlu dipertimbangkan.


Boleh dikatakan hampir setiap hari kita mendengar berita mengenai isu gula di media cetak dan media elektronik. Hebahan mengenai masalah kenaikan gula ini telah menakutkan pihak pengguna kerana pengguna beranggapan berlaku masalah kekurangan gula di kawasan masing-masing. Oleh itu pengguna akan membeli bekalan gula melebihi jumlah keperluan masing-masing bagi memastikan bekalan stok dirumah sentiasa berterusan. Oleh itu, atas kesedaran inilah, maka pihak peruncit telah mengambil tindakan sendiri dengan menghadkan amaun gula iaitu 1Kg atau 2Kg bagi setiap pengguna. Bukankah tindakan ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan????


Golongan peruncit ini telah mengambil tindakan yang melampau dengan cara menghadkan amaun gula sedangkan pihak kerajaan atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu sendiri tidak pernah menghadkan bilangan amaun pembelian gula keatas setiap pengguna. Rakyat Malaysia bebas membeli bilangan amaun gula yang pengguna mahukan dan tiada sebarang sebab atau alasan mengapa peruncit boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan untuk menghadkan pembelian gula ekoran isu peningkatan harga gula ini. Sekiranya isu ini diketengahkan, nescaya tindakan yang sepatutnya bakal dikenakan terhadap golongan peruncit yang suka mengambil kesempatan terhadap isu ini.


Namun adakah kita tidak sedar atau pura-pura menutup mata??? Pada tahun 2010, pihak kerajaan terpaksa berbelanja hampir RM 1.008 billion atau memberi subsidi RM 0.80 sen bagi setiap 1kg gula. Fenomena ini menyebabkan pengguna masih lagi mampu untuk membeli gula pada tingkat harga RM 1.65 sekilogram di semenanjung Malaysia dan RM 1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.


Tapi adalah kita sedar??? Jika dibandingkan dengan harga pasaran di negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia, masing-masing tingkat harga gula adalah RM 2.50 sen sekilogram, RM 1.05 sen sekilogram dan RM 3.40 sen sekilogram. Tingkat harga gula di Malaysia masih lagi berada di tahap yang memuaskan. Pada tahun lepas sahaja, pihak kerajaan telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar iaitu sebanyak RM 720 juta bagi memastikan harga gula yang dijual kepada pengguna adalah RM 1.55 sen sekilogram. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia masih lagi menanggung perbelanjaan yang besar bagi memastikan setiap rakyat Malaysia masih lagi mampu membeli gula pada tingkat harga yang rendah.


Oleh itu, adakah wajar tindakan segelintir pihak penjual makanan dan minuman yang menaikkan harga makanan dan minimum hanya gara-gara kenaikan harga gula sebanyak RM 0.20 sen sekilogram…. Marilah kita sama-sama renungkan…..

Thursday, January 7, 2010

InFO SeRba + SeRbi

TAhu TAk?????

Di negara kita sendiri iaitu Malaysia yang tercinta, terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, hasil laut dan tanam-tanaman yang membekalkan pelbagai manafaat kepada kita dan mampu dijadikan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit yang kronik.
Kalau tidak percaya?? Jom baca info dibawah nie…. JOM…….JOM…..

Kite mulakan dengan tumbuh-tumbuhan. Isilah tumbuh-tumbuhan merupakan sejenis tanaman yang hidup dan membiak disekeliling kita. Tumbuhan juga seperti benda hidup yang lain yang mana ianya mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis dan menghasilkan kanji Tumbuh-tumbuhan boleh dikategorikan kepada dua jenis saja. Pertama tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Setiap daripada kategori ini, boleh dibahagikan pula kepada tiga pola tumbuhan bermusim seperti tahunan (Anually) iaitu tumbuhan yang membiak dan hidup dalam satu musim sahaja. Dwitahunan (Bienniel) iaitu tumbuhan yang hidup selama dua musim sahaja dan selalunya membiak pada musim kedua dan akhir sekali ialah saka (Perenial) iaitu hidup selama beberapa musim dan membiak apabila sudah sampai tempoh matang.




Contoh tumbuh-tumbuhan adalah seperti kangkung atau kangkong. Nama saintifiknya ialah Ipomoea aquatica Forsk atau Ipomoea reptans Poir1. Terdapat dua bentuk kangkong: kontang dan basah. Kangkong mempunyai daun licin berbentuk mata panah, sepanjang 5-6 inci, berbentuk tirus. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Tumbuhan yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih. Terdapatjuga jenis daun lebar dan daun tirus (Wikipedia, 2009)
Kangkung dikatakan dapat mengurangkan kesakitan buasir, sakit kepala dan boleh melebatkan rambut bagi individu yang mengalami masalah kekurangan rambut.. So kepada sesiapa yang menghadapi masalah kekurangan rambut.. bolehla try... Kangkung juga boleh digunakan untuk memberi makanan kepada ternakan seperti arnab, lembu dan kura-kura.

Khazanah laut atau akuakultur pula merangkumi segala jenis makluk yang hidup di dasar laut boleh dijual bagi menjana pendapatan serta ekonomi negara. Penggunaaan teknologi yang canggih telah digunakan bagi memastikan hasil laut ini tidak pupus dan sentiasa berterusan dari semasa ke semasa. Diantara teknologi yang dimaksudkan ialah Sistem Ketam Bersepadu (ICS) bagi menjana pengeluaran ketam berlipat kali ganda dan teknologi pembenihan bagi menggalakkan kadar bilangan anak ikan yang bakal dilahirkan kelak.



Contoh yang dapat diberikan bagi hidupan laut ialah kupang hijau yang terdapat di new zealand. Kupang hijau ini dapat melegakan sakit sendi akibat artritis. Menurut Sinar 21 Mei 2009, kupang hijau ini mengandungi lima jenis Omega-3 iaitu asid eicosapentaenoik (EPA), asid docosahexaenoik (DHA), asid octadecatetraenoik (ETA), asid octadecatetraenoik (OTA) dan aplha-linolenik (ALA) yang mana ianya cukup penting bagi keperluan tubuh manusia bagi memastikan kita sentiasa sihat.


Tanam-tanaman merupakan satu bidang tanaman yang telah dikomersialkan pada hari ini. Pelbagai pembiayaan infastruktur asas, penyaluran input awal, pembiayaan infastruktur pengeluaran dan pemasaran dan pengaturan program latihan seperti Program Latihan Ladang Kontan merupakan satu usaha dalam mempotensikan bidang tanaman ini. Selain itu, pengunaan EM (Effective Microorganisma) merupakan campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal yang mana ianya dapat digunakan untuk dijadikan baja, meningkatkan ketahanan pokok serta menghalang pertumbuhan bakteria yang tidak bermanafaat.


Contoh tanaman pula ialah Labu Manis atau labu lemak. Nama saintifiknya Cucurbitamosschata. Labu ini dikategorikan sayur berbuah yang mudah ditanam dan berkhasiat serta mempunyai nutrisi yang tinggi, Potasium yang tinggi, rendah kalori, rendah lemak dan sifat anti oksida yang mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko angin ahmar dan osteoporosis. Ia juga mengandungi Beta Karotena, Retinol dan Vitamin C yang berfungsi mengurangkan kerosakan sel dan tindak balas biokimia yang disebabkan radikal bebas seperti kanser (Berita Transformasi bil 2/2009 Edisi Februari)